Scribd

Scribd ialah perkhidmatan langganan buku digital termasuk dalam format audio dan elektronik. Servis ini mempunyai sebanyak 60 juta dokumen merangkumi satu juta judul dalam simpanan.[2][3][4][5][6] Pelanggan boleh mengakses banyak tajuk tanpa selama sebulan[7] daripada 1,000 buah syarikat penerbit pembekal termasuk Bloomsbury, Harlequin, HarperCollins, Houghton Mifflin Harcourt, Lonely Planet, Macmillan, Perseus Book Group, Simon & Schuster, Wiley, dan Workman.[8][9]Laman ini diakses sebanyak 80 juta pengguna berdaftar. Malah kepenggunaannya yang tinggi dalam kalangan lingkungan pengguna tersebut sering dibandingkan dengan servis penyimpanan media digital lain seperti Netflix.[10][11][12]Perkhidmatan langganan ini boleh didapati melalui telefon pintar dan komputer tablet bersistem operasi Android dan iOS, serta peranti khusus lain seperti Kindle Fire, Nook, dan komputer peribadi.