Anatomi Scyphozoa

Scyphozoa mempunyai empat bahagian yang simetri dan juga mempunyai bahan gelatin yang dipanggil sebagai mesoglea, iaitu tergolong dalam sel amoeboid mudah alih dari bahagian epidermis. Gelatin ini memberikan stuktur yang sama seperti rangka.


Meskipun begitu, keseluruhan Scyphozoan tidak mempunyai bahagian yang keras seperti tiada kepala, tiada organ pernafasan dan juga tiada organ perkumuhan. [4] [5] Disebabkan mereka hanya terdiri daripada air (kira-kira 98 peratus air), oleh itu, Scyphozoa dan spesies obor-obor yang lain jarang ditemui dalam bentuk fosil.

Scyphozoa mengandungi kandungan vellum (membrane bulat di bahagian bawah payung yang membantu mendorong obor-obor berenang dalam air) yang rendah. Walaubagaimanapun, mesoglea di sekeliling tepi payung mengandungi gelang gentian otot yang membantu Scyphozoa untuk bergerak. Otot tersebut akan berdenyut dengan menguncup dan mengendur secara berulang-ulang[6] sehingga boleh mendorong Scyphozoa berenang dan bergerak dalam air.

Pembiakan

Peringkat perkembangan kitaran hidup obor-obor scyphozoan :
</br> 1–3 Larva mencari tapak
</br> 4–8 Polip tumbuh
</br> 9–11 Polip strobilates
</br> 12–14 Medusa tumbuh

Kebanyakan spesies wujud secara gonochorists iaitu individu lelaki dan individu perempuan adalah berasingan. Gonad atau kelenjar seks terletak di lapisan perut dan gamet matang dikeluarkan melalui mulut. Selepas persenyawaan berlaku, sesetengah spesies akan mengeram anak mereka di dalam kantung yang terletak dia bahagian sesungut dan sesetengah lagi akan membiarkan anak tersebut terampai sahaja. [7]

Pertumbuhan dan perkembangan

Telur yang disenyawakan akan menghasilkan larva planular yang mana ia akan melekat pada dasar laut. Larva kemudian berkembang menjadi polip kecil yang dikenali sebagai Scyphistoma. Scyphistoma membiak secara aseksual dan kemudian menghasilkan polip yang serupa dengan pucuk. Polip ini pula akan berubah menjadi dua keadaan berbeza, iaitu sama ada berubah menjadi medusa atau bercambah kepada beberapa medusa dari bahagian atasnya. Proses ini dipanggil sebagai strobilasi. Medusa ini akan mengambil masa yang lama sehingga bertahun-tahun untuk mencapai usia kematangan seksual. [7]