Biologi Scyphozoa

Kebanyakan spesies Scyphozoa mempunyai tiga fasa kitar hidup, iaitu medusa planktonik polip dan bentuk obor-obor (matang). Medusa dalam kebanyakan spesies berkembang secara pesat dan mencapai matang dalam tempoh yang lama, kemudian ia akan mati sebaik sahaja selepas pembiakan. Dalam fasa medusa, mereka akan memakan pelbagai jenis ikan dan krutasea yang diburu menggunakan sel penyengat, iaitu nematocysts yang terdapat pada seluruh tentakelnya. Namun begitu, terdapat beberapa spesies yang menggunakan sesungutnya bagi tujuan menapis plankton daripada air. Pada peringkat polip, yang mana mereka akan melekat pada dasar laut dan hidup lebih lama. Scyphozoa hidup di sekitar permukaan air sehingga kawasan laut dalam. Scyphozoa yang besar dan berwarna warni kebiasaannya berada di zon pantai di seluruh dunia dan mempunyai saiz diameter antara 2 sentimeter sehingaa 40 sentimeter. Namun, spesies terbesar yang ditemui ialah Cyanea capillatayang saiznya boleh mencecah sehinggga dua meter melintang.