Sebaran_biologi
Sebaran_biologi

Sebaran_biologi

Sebaran biologi merujuk kepada kedua-dua pergerakan individu (haiwan, tumbuhan, kulat, bakteria, dsb.) dari tempat kelahiran ke tempat membiak mereka, serta pergerakan dari satu tempat membiak ke tempat membiak yang lain.Sebaran juga digunakan untuk memerikan pergerakan propagul seperti biji benih dan spora.Secara teknikal, sebaran ditakrifkan sebagai sebarang pergerakan yang mempunyai potensi ke arah aliran gen.[1] Proses penyebaran melibatkan tiga fasa: pemergian, perpindahan dan penempatan, dan terdapat faedah dan kos kesesuaian yang dikaitkan dengan setiap fasa.[2]Dengan hanya bergerak dari satu tompok habitat ke tompok lain, penyebaran suatu individu mempunyai kesan terhadap bukan hanya kesesuaian individu tersebut, tetapi juga terhadap dinamik penduduk, genetik penduduk dan taburan spesies.[3][4][5] Memahami sebaran dan kesannya terhadap strategi evolusi pada tahap spesies, dan terhadap proses pada tahap ekosistem, memerlukan pemahaman terhadap jenis sebaran, cakupan sebaran suatu spesies, dan mekanisme sebaran yang terlibat.Sebaran biologi boleh dibezakan dengan geosebaran, iaitu percampuran populasi (atau seluruh biota) yang sebelum ini terpisah disebabkan hakisan halangan geografi atau aliran gen (Lieberman, 2005;[6][7] Albert dan Reis, 2011[8]).