Pengangkutan Seberang_Perai_Utara

Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Sebuah kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.[1] Selain dari itu, terdapat juga Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworh (BORR) iaitu sepanjang 18.9 km yang telah dibuka pada 7 Disember 2005.[2]

Lebuhraya Utara Selatan[3]

Lebuhraya ini turut melalui Daerah Seberang Perai Utara iaitu bermula daripada Sungai Muda yang memisahkan Kedah dan Pulau Pinang sehingga Sungai Perai iaitu sempadan Daerah Seberang Perai Utara dan Daerah Seberang Perai Tengah. Terdapat dua susur keluar iaitu:

  1. susur keluar Bertam
  2. susur keluar Sungai Dua

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth[2]

Lebuhraya ini bermula daripada Persimpangan Sungai Dua sehingga ke Megamall Pinang, Perai sepanjang 14 kilometer. Terdapat 3 buah plaza tol di sepanjang lebuhraya ini, iaitu:

  1. Plaza Tol Prai
  2. Plaza Tol Bagan Ajam
  3. Plaza Tol Sungai Nyior

Terdapat 5 susur keluar yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Utara iaitu:

  1. Susus keluar Bagan Lalang
  2. Susur keluar Bagan Ajam
  3. Susur keluar Terminal Kontena (NBCT)
  4. Susur keluar Terminal Feri
  5. Susur keluar Dermaga Dalam


Hab Pengangkutan Penang Sentral[4]

Telah dibuka kepada awam pada 22 November 2018 menghubungkan semua pengangkutan darat di Wilayah Utara iaitu kereta api, feri, bas dan teksi. Telah dibangunkan oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) merangkumi kawasan seluas 22.65 ekar.

  1. Kereta api (ETS dan Komuter)
  2. Bas (tempatan dan antara bandar, ekspres)
  3. Feri
  4. Teksi