Pentadbiran Seberang_Perai_Utara


Seberang Perai Utara di Pulau Pinang

Seberang Perai Utara (Inggeris: North Seberang Perai), ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang, Malaysia. Ia merupakan daerah terbesar sekali dengan keluasan 262.53 km persegi (26588.04 hektar) dan merupakan daerah separa bandar.

Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di Kepala Batas, dan bandar terbesar ialah Butterworth. Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor, Bertam, Bagan Ajam, Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Daerah ini juga terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Seberang Perai. Terbahagi kepada tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bagan.