Sejarah Sega_SG-1000

Pada awal tahun 1980-an, Sega Enterprise Inc., anak syarikat kepada Gulf & Western, merupakan salah satu syarikat terkenal yang mengeluarkan permainan video arked di kawasan Amerika Syarikat. Pasaran permainan video arked mula menunjukkan penurunan bermula tahun 1982 yang memberi impak yang sangat besar menyebabkan syarikat Gulf & Western terpaksa menjual beberapa anak syarikat kepada syarikat Bally Manufacturing[3]. Anak syarikat Sega di Jepun pula telah dibeli oleh seorang usahawan muda Hayao Nakayama[4].

Setelah Hayao membeli syarikat Sega Jepun, beliau melakukan rombakan dengan tidak lagi menumpukan terhadap pasaran permainan video arked. Dengan teknologi dan kepakaran yang dimiliki syarikat Sega Jepun pada ketika itu, mereka memulakan projek pembangunan konsol permainan video dan hasilnya konsol SG-1000 dikeluarkan. Konsol ini hanya dilancarkan di Jepun[5] dan menariknya, konsol ini dilancarkan pada hari yang sama konsol Nintendo Entertainment System dilancarkan.

Konsol ini tidak bertahan lama di pasaran oleh kerana pengguna-pengguna pada ketika itu lebih memilih untuk memiliki konsol NES yang menawarkan permainan video yang banyak serta permainan video Donkey Kong yang sangat popular[6].