Segamat merupakan
daerah paling utara yang terletak di negeri
Johor,
Malaysia. Ia bersempadan dengan:Bandar
Segamat merupakan pusat bandar utama daerah ini. Dari segi hierarki pusat-pusat petempatan bagi Negeri
Johor, Segamat terletak dalam kategori kedua iaitu Pusat Wilayah Tahap II. Bandar kedua terbesar di Daerah
Segamat adalah Bandar
Labis yang berada di kategori ke empat hierarki pusat petempatan seluruh negeri. Daerah Segamat merupakan daerah yang mempunyai tahap kemajuan yang sederhana berbanding dengan daerah-daerah di Wilayah Johor Barat. Ia mempunyai kepentingan tersendiri kerana menjadi penyambung ke
Pantai Timur melalui Lebuhraya Kuantan - Segamat. (Lebuhraya Tun Abdul Razak) dan juga sebagai laluan utama kenderaan ke selatan negara. Secara tidak langsung ini memberikan gambaran yang positif terhadap potensi pembangunan daerah ini.Nama Segamat dipercayai berasal daripada gabungan dua perkataan
Melayu berikut - Segar-Amat.Terletak di antara
Kuala Lumpur dan
Singapura, Segamat merupakan daerah dimana sektor pertanian berkembang dengan pesat seperti kelapa sawit dan getah yang kebanyakannya ditanam di estet-estet dan di tanah rancangan
FELDA serta
FELCRA. Segamat terkenal dengan buah-buahan terutamanya durian. Sebagai tarikan pelancong, slogan baru telah diperkenalkan iaitu 'Selamat Datang ke Segamat – Tanah Raja Buah-buahan'.
Jumlah Keluasan Daerah Segamat =280,728.76.
JUMLAH = 172,418.
JUMLAH = 172,418.