Sejarah_Korea_Utara
Sejarah_Korea_Utara

Sejarah_Korea_Utara

Sejarah Korea Utara bermula dengan pembahagian Korea pada akhir Perang Dunia II pada bulan September 1945. Penyerahan kalah Jepun membawa kepada pembahagian Korea menjadi dua zon pendudukan, dengan Amerika Syarikat mentadbir separuh selatan semenanjung dan Kesatuan Soviet mentadbir kawasan utara daripada garis selari ke-38.Soviet dan Amerika tidak dapat menyetujui pelaksanaan kerajaan bersama Korea. Ini membawa, pada tahun 1948, kepada penubuhan dua kerajaan berasingan – Republik Rakyat Demokratik Korea yang sejajar dengan Komunis dan Republik Korea yang sejajar dengan Barat – masing-masing mendakwa sebagai kerajaan Korea yang sah. Pada tahun 1950, Perang Korea meletus. Selepas kemusnahan yang banyak, peperangan berakhir dengan dipulihkan status quo, memandangkan DPRK mahupun ROK tidak berjaya menakluki bahagian Korea yang satu lagi. Pembahagian di garis selari ke-38 digantikan oleh Zon Bebas Tentera Korea.Ketegangan antara kedua-dua pihak terus berlaku. Kim Il-sung kekal berkuasa sehingga kematiannya pada tahun 1994. Dia mengembangkan kultus keperibadian yang meluas dan memacu negara itu dalam laluan kemerdekaan yang selaras dengan prinsip Juche (berdikari). Bagaimanapun, dengan bencana alam dan runtuhnya Blok Soviet pada tahun 1991, Korea Utara mengalami krisis ekonomi yang teruk. Anak lelaki Kim Il-sung, Kim Jong-il, menggantikannya, dan kemudiannya digantikan pula oleh anaknya, Kim Jong-un. Walaupun mendapat amaran antarabangsa, Korea Utara membangunkan peluru berpandu nuklear. Pada tahun 2018, Kim Jong-un membuat pertemuan aman megejut terhadap Korea Selatan dan Amerika Syarikat.