DYamtuan Sejarah_Negeri_Sembilan

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan.

Istilah Yang DiPertuan Besar adalah gelaran pemimpin bagi orang Melayu sebelum kedatangan Buddha, Hindu dan Islam. Ini dibuktikan melalui pendiri kerajaan Srivijaya pertama iaitu Sri Jayanasa menggunakan gelaran Dapunta Hyang yang bermaksud Yang Dipertuan Yang Suci.