Sejarah_perkakasan_pengkomputan

Komputer ialah mesin untuk mengolah data berpandukan siri suruhan yang ditetapkan.Menentukan mana-mana satu peranti merupakan komputer terawal adalah susah kerana takrif komputer pada dirinya telah berubah-ubah. Banyak peranti yang pada suatu ketika dipanggil "komputer" tidak layak lagi dipanggil sedemikian menurut taraf hari ini. Istilah "komputer" dalam bahasa Inggeris pada asalnya merujuk kepada ahli kira yang melakukan penghitungan berangka (komputer manusia), seringnya dengan bantuan peranti hitung mekanik seperti sepua, pembaris gelongsor, dan barangkali juga astrolab atau mekanisme Antikythera (yang wujud sejak sekitar 150-100 SM). Akhir Zaman Pertengahan memperlihatkan kecergasan semula matematik dan kejuruteraan Eropah, dengan peranti Wilhelm Schickard pada tahun 1623 merupakan salah satu alat kira terawal yang dicipta oleh jurutera Eropah.