1900-1950 Sejarah_perkakasan_pengkomputan

EDSAC ialah salah satu komputer terawal yang menggunakan atur cara tersimpan (seni bina von Neumann).

Pada separuh pertama abad ke-20, banyak keperluan pengiraan saintifik dipenuhi oleh komputer analog yang semakin canggih dan yang menggunakan model mekanik atau elektrik sebagai asas untuk penghitungan. Bagaimanapun, kesemua ini tidak boleh diaturcarakan dan umumnya tidak memiliki keserbagunaan dan kejituan komputer digital moden.

Satu siri peranti pengiraan yang semakin berkuasa dan fleksibel dicipta pada 1930-an dan 1940-an yang beransur-ansur menambah ciri-ciri utama yang terdapat pada komputer moden kini. Kegunaan elektronik digital (terumatanya direka oleh Claude Shannon pada 1937) dan kebolehaturcaraan yang lebih fleksibel merupakan langkah yang amat penting, tetapi untuk menetapkan satu titik dalam perjalanan ini sebagai "komputer elektronik digital yang pertama" adalah amat susah. [1]. Pencapaian-pencapaian terkenal termasuk:


Ciri-ciri tertakrif bagi lima buah komputer digital boleh kendali yang pertama
KomputerDitunjukkan boleh berfungsiPerduaanElektronikBoleh diatur caraTuring sempurna
Zuse Z3Mei 1941YaTidakDengan filem stock tebukYa (1998)
Komputer Atanasoff–BerryMusim panas 1941YaYaTidakTidak
ColossusDisember 1943 /
Januari 1944
YaYaSebahagian, melalui pendawaian semulaTidak
Harvard Mark I – IBM ASCC1944TidakTidakDengan pita kertas tebukYa (1998)
ENIAC1944TidakYaSebahagian, melalui pendawaian semulaYa
1948TidakYaDengan ROM Jadual FungsiYa


Banyak pembangun ENIAC mengakui kecacatan komputeer itu lalu mencipta reka bentuk yang jauh lebih fleksibel dan bijak yang kini dikenali sebagai seni bina atur cara tersimpan atau seni bina von Neumann. Reka bentuk ini diperikan buat pertama kali secara formal oleh John von Neumann dalam kertas kerjanya, "Draf Pertama Laporan Tentang EDVAC" yang diterbitkan pada 1945. Sebilangan projek untuk mengembangkan komputer berdasarkan seni bina atur cara tersimpan bermula pada sekitar masa ini, dengan yang pertama disiapkan di Great Britain. Komputer pertama yang terbukti boleh dikendalikan ialah Mesin Uji Kaji Skala Kecil Manchester (Manchester Small-Scale Experimental Machine, SSEM) atau "Bayi" (Baby). Bagaimanapun, EDSAC yang disiapkan setahun selepas SSEM mungkin merupakan komputer praktik yang pertama untuk reka bentuk atur cara tersimpan. Tidak lama selepas itu, EDVAC yang pada asalnya diperikan dalam kertas kerja von Neumann disiapkan tetapi tidak digunakan sepenuhnya sehingga dua tahun kemudian.

Hampir semua komputer moden menggunakan sesetengah bentuk seni bina atur cara tersimpan yang telah dijadikan satu ciri untuk berlayak ditakrifkan sebagai "komputer" pada hari ini. Mengikut piawai itu, banyak peranti yang lebih awal tidak lagi dipanggil komputer berdasarkan takrif tersebut, tetapi dirujuk sebegitu berdasarkan konteks sejarahnya. Sedangkan teknologi yang digunakan dalam komputer telah berubah secara pesat sejak komputer elektronik serba guna yang pertama pada dekad 1940-an, kebanyakannya masih menggunakan seni bina von Neumann. Reka bentuk itu menyebabkan komputer sejagat menjadi suatu kenyataan praktik.