Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Batu_Rakit

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit atau nama ringkasnya BRaInS, (Bahasa Inggeris: Batu Rakit Integrated Boarding School) ialah Sekolah Berasrama Penuh bertempat di Terengganu Darul Iman. Sekolah ini ialah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) yang pertama ditubuhkan di Terengganu. Di samping itu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit ialah Sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) sejak 2016 di mana pelajar akan menjalani program Tahfiz dalam sepanjang 5 tahun pengajian, yang mana program ini akan disepadukan dengan akademik mereka. Dengan status 'SBP Tahfiz Model Ulul Albab', Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit bertujuan untuk melahirkan pelajar al-huffaz muda dan proaktif dengan keputusan kokurikulum dan akademik yang cemerlang dan sangat baik. Program ini akan diikuti oleh beberapa SBP dipilih selepas pelaksanaan pertama di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit.

Sekolah_Berasrama_Penuh_Integrasi_Batu_Rakit

Jenis sekolah Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
Faks 6096695911
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Tuan Haji Harun bin Embong
Pengetua Tuan Haji Zulkeflee Bin A Rahman
Kod sekolah TRA7002[1]
Singkatan BRaInS
Laman sesawang http://sbpibaturakit.net
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Puan Mariam binti Musa
Pengerusi PIBG Prof Dr Mohd Zamri Bin Ibrahim
Moto Berilmu,Berakhlak,Berkualiti
Nombor sekolah 6096693769