Rasional Sekolah_Berprestasi_Tinggi

Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah adalah untuk:

  1. Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik
    Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
  2. Menghasilkan Murid Cemerlang
    Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
  3. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem
    Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.