Sekolah_Kebangsaan_Air_Jernih
Sekolah_Kebangsaan_Air_Jernih

Sekolah_Kebangsaan_Air_Jernih

Sekolah Kebangsaan Air Jernih atau nama ringkasnya SK Air Jernih, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kuala Sungai Baru, Melaka. Pada tahun 1999 jumlah pelajar sekolah ini seramai 94 orang murid termasuk pelajar pra sekolah.Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Air Jernih memiliki 109 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 209 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2009Pada tahun 2012, ia memiliki kelas Pendidikan Khas. Jumlah guru pula seramai 18 orang pada 2012.Pada tahun 2017, Sekolah Kebangsaan Air Jernih mempunyai seramai 175 orang murid yang terdiri daripada 97 orang murid lelaki dan 78 orang murid perempuan. Daripada jumlah tersebut terdapat 147 orang murid belajar di kelas perdana, 25 orang murid di kelas Pra Sekolah dan 3 orang murid di kelas Pendidikan Khas. Guru yang berkhidmat di sekolah ini seramai 19 orang yang terdiri daripada 6 orang guru lelaki dan 13 orang guru perempuan. Selain itu, pengurusan pejabat dibantu oleh seorang pembantu tadbir (PT) perempuan dan seorang pembantu operasi (PO) lelaki. Manakala Pra Sekolah dan Pendidikan Khas masing-masing dibantu oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid perempuan menjadikan jumlah staf sekolah ini seramai 4 orang.

Sekolah_Kebangsaan_Air_Jernih

Jenis sekolah Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Guru besar En. Ramlee bin Mohd
Faks 06-3878311
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Jasmi bin Rahman
Kod sekolah MBA0013[1]
Singkatan SKAJ
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik Pn. Mastura binti Ahmad
Pengerusi PIBG En. Saiful Nizam bin Said
Moto "Langkah Sederap, Bersama Siap, Hasilnya Mantap"
Nombor sekolah 06-3878311