Kemudahan Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Convent_Kajang

Terdapat pelbagai jenis kemudahan di SMKC Kajang. Kemudahan-kemudahan ini diwujudkan semata-mata untuk kegunaan pelajar dan kakitangan sekolah.

Pavilion digunakan sebagai tempat berteduh para pelajar untuk berhimpun dan beratur. Dengan kerjasama pihak sekolah rendah, sekolah telah membaiki bumbung serta memasang kipas dan lampu di pavilion bagi keselesaan para pelajar. Terdapat juga beberapa telefon awam disediakan untuk kegunaan pelajar.

Astaka pula dibina pada tahun 1999. Ia menghadap ke padang dan terletak di belakang blok makmal dan bilik ERT. Bumbung astaka juga telah diganti selepas kejadian hujan lebat dan ribut yang telah melayangkan bumbung tersebut pada pertengahan tahun 2001.

Pada akhir tahun 2001, tandas bertaraf enam bintang telah dibina bagi menggantikan tandas yang sudah lama dan banyak kerosakan hasil daripada kutipan derma, jogathon serta sumbangan PIBG.

Pada awal tahun 2004, pihak sekolah telah menaikkan taraf kawasan di sebelah koperasi sekolah dengan menyimenkan kawasan tersebut dan diletakkan satu set meja dan bangku batu yang dijadikan tempat berehat para pelajar. Tempat ini dinamakan “Dataran Ilmu”.

Surau juga dibina sebagai tempat beribadah bagi umat Islam.

Padang sebagai tempat menjalankan aktiviti sukan.

Gelanggang bola keranjang disebelah kelas dan bengkel KH.

Perpustakaan yang berhawa dingin sebagai tempat pelajar membaca buku.

Dewan digunakan jika mempunyai acara-acara tertentu seperti ceramah.

Bilik guru untuk kegunaan para guru.

Kantin sebagai tempat makan pelajar.

Gelanggang badminton digunakan untuk bermain badminton.

Terdapat juga koperasi sekolah yang menjual t-shirt sukan, biskut, kerepek, coklat dan macam-macam lagi. Mesyuarat koperasi dibuat satu tahun sekali dimana para pelajar boleh memberi pendapat masing-masing untuk meluaskan lagi barang-barang yang dijual di koperasi sekolah. Bilik kaunseling juga dibina untuk guru kaunseling membimbing para pelajar.

UNIT BERUNIFORM

Sekolah Menengah Convent juga mempunyai sebuah pasukan pancaragam, Pandu Putri dulu dikenali dengan panggilan Girl Guides, St John Ambulance. Yang paling menonjol ialah pasukan pancaragamnya yang telah memasuki petandingan pancaragam antara sekolah-sekolah negeri Selangor pada tahun 2012.