Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Convent_Kajang

Sekolah rendah ini telah dibina sebagai sekolah persendirian pada tahun 1930 dan dimulakan oleh Infant Jesus Sisters apabila pihak gereja menghadiahkan sebuah banglo yang dapat dijadikan 3 buah bilik darjah. Sister Martha muncul sebagai pengetua sekolah yang pertama.

Pada tahun 1939 timbul keperluan untuk membesarkan sekolah kerana peningkatan jumlah pelajar dan memulakan sekolah menengah. Sebuah dewan dan 8 buah bilik darjah dibina. Sr. Micheal menggantikan tempat Sister Martha selepas beberapa tahun beliau berkhidmat.

Apabila Jabatan Pelajaran berpuas hati dengan perkembangan sekolah dan mengakui sekolah sebagai sebuah sekolah bantuan kerajaan. Pada bulan Disember 1941, banglo ini telah musnah akibat daripada Perang Dunia ke-2. Kerosakan itu dibaik pulih dan sekolah ini dapat digunakan semula pada tahun 1946.

Secara berperingkat-peringkat, blok-blok baru dibina antara tahun 1950 dan 1968. Begitupun, pada tahun 1969, sekolah 2 sesi telah dimulakan kerana kelasnya tidak mencukupi untuk pelajarnya yang ramai. Pada tahun 1974, bilangan guru juga meningkat. Oleh itu, sebuah kelas dijadikan bilik guru. Bilik guru yang lama dijadikan kelas agama. Pada awal tahun 1976, blok yang menempatkan 2 buah makmal, bilik jahitan, bilik masakan, bilik komputer, stor SPBT dan bilik seni telah siap didirikan.

Terdapat 27 buah kelas pada tahun 1984 dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. Bilangan kelas telah dikurangkan kepada 25 buah pada tahun 1993. Disebabkan oleh pengasas dan pengetuanya yang pertama adalah sister, maka terdapat satu blok yang berbentuk “t” iaitu tanda salib. Ini merupakan salah satu daripada keistimewaan sekolah ini. Di samping itu, jika blok tingkatan 1 dan 2 digabungkan, ia akan membentuk abjad “c” yang bermaksud Convent.