Sejarah Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Sultan_Sulaiman

1920 lahirlah sebuah institusi yang berjaya dalam bidang pendidikan di negeri Terengganu dan seterusnya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Encik Abdullah bin Taib adalah tokoh pertama yang dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan kelas dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Memenuhi amanah yang terpaksa dipikul, beliau telah berjaya memulakan kelas dari jam 1.00 hingga 4.00 petang secara menumpang di Sekolah Melayu Paya Bunga. (Menurut rekod rasmi, SS mula pada 1925 - lihat )

Setelah lima tahun menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tibalah masanya tempat beliau diganti oleh Encik G.M. Noiri dan diiktiraf sebagai Guru Besar pertama. Ketika itu, bilangan pelajar hanya seramai 35 orang dan guru pula dua orang, sementara kelas yang paling tinggi hanya darjah tiga.

Bilangan pelajar yang terus meningkat sehingga seramai 100 orang memaksa tempat belajar dipindahkan ke sebuah bangunan berhampiran Istana Maziah. Justeru, ia dikenali sebagai Government English School. Darjah tertinggi meningkat kepada darjah 4.

Sekolah tetap

Pada 1936, sekolah sekali lagi terpaksa dipindahkan ke bangunan sementara di Batas Baru, Kuala Terengganu. Keadaan ini menyedarkan Encik T.E. Kempe (Penasihat British) tentang kepentingan mendirikan sebuah bangunan baru yang tetap. Pada 1938, impian menjadi kenyataan, bangunan di Jalan Gong Wan Abas Kuala Terengganu siap sepenuhnya dan dikenali sebagai Sultan Sulaiman English School.

Pada 1939, Encik E.H.S Bretherton mengambil alih tugas sebagai Guru Besar dan pada 1940, diganti pula oleh Encik N.Rees. Sewaktu ditadbir oleh Encik A.Machado, Perang Dunia Kedua meletus dan memaksa sekolah ditutup selama 5 tahun.

Tragedi 12 Julai 1951

Tragedi kebakaran pada malam 12 Julai 1951 telah memusnahkan seluruh bangunan sekolah, hanya beberapa buah bilik asrama putera terselamat. Kepekaan terhadap kepentingan menuntut ilmu mendorong DYMM Sultan Ismail Nasiruddin Shah berkenan membenarkan sebahagian daripada Istana Maziah digunakan sebagai bilik darjah sementara.

Tapak baru sekolah terus dicari dan satu kawasan seluas 4.4 ekar berhampiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu telah dikenalpasti. 1 Ogos 1956 fasa pertama sekolah terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat, sebuah blok pejabat/perpustakaan dirasmikan.

Matlamat Sekolah

Tahun demi tahun bilangan pelajar terus meningkat dan keperluan pendidikan semakin berkembang. Justeru, bilik darjah baru perlu ditambah selaras dengan terbinanya bangunan-bangunan baru. Kini Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(SMKSS), 14 buah blok bangunan dikenali sebagai Blok Primier dan Blok bestari serta Asrama Putera dan Asrama.

Kini, setelah 87 tahun, SMKSS terus maju dan berkembang sehingga dinobatkan sebagai salah sebuah sekolah terbaik dan berprestij di Terengganu. SMKSS juga diiktiraf sebagai Sekolah Primier dan beberapa kali menjadi Sekolah Harapan Negeri Terengganu. Pada tahun ini,SMKSS juga terpilih sebagai salah sebuah '''Sekolah Kluster''' di Malaysia. SMKSS juga telah melahirkan ramai tokoh terkenal yang berjaya membentuk dan mencorak masyarakat yang membanggakan.

Pelajar-pelajar yang menjejak langkah ke SMKSS hadir dengan pandangan dan perspektif masing-masing, corak pemikiran dan gaya kehidupan yang berbeza.Walaupun begitu semua warga SMKSS berjaya disatukan dengan satu slogan Usaha,Tekun dan Jaya yang kemudiannya ditukar kepada Pelajar Cemerlang, SS Gemilang pada tahun 2002. Andainya mereka yang berjuang demi matlamat ini sejak 1920 dapat melihat kedudukan serta pencapaian SMKSS hari ini, sudah tentu mereka akan kagum dan berbangga dengan kecemerlangan SMKSS.


  • Dataran Perdana (Dataran Perhimpunan)
  • Dewan Sekolah
  • Motto sekolah yang baru

Berkaitan