Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Wakaf_Bharu
Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Wakaf_Bharu

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Wakaf_Bharu

Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu (SMKWB) atau nama asalnya Sekolah Menengah Rendah Wakaf Bharu mula diasaskan pada 16 April 1981. Pada peringkat permulaannya pelajar yang belajar di sini didatangkan terus dari Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan. Mereka terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2 yang tinggal di sekitar Wakaf Bharu dan kampung berdekatan termasuklah dari Kampung Chenderong Batu dan Kampung Menjual di Chabang Empat. Jumlah pelajar pada peringkat awal penubuhannya ialah seramai 421 orang iaitu 209 orang pelajar tingkatan 1 manakala tingkatan 2 seramai 212 orang. Jumlah kelas pula ialah 11 buah, 5 kelas untuk tingkatan 1 dan 6 kelas untuk tingkatan 2. Sekolah ini terletak di Wakaf Bharu, ia berada kira-kira 6 KM dari bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan Stesen Kereta Api Wakaf Bharu. Sekolah ini terletak di antara Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu dan Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu.

Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Wakaf_Bharu

Jenis sekolah Sekolah harian
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Ahmad Ghazali bin Mat Hassan (2008)
Pengetua Pn. Wan Haryati binti Wan Junoh (2008)
Kod sekolah DEA6362
Singkatan SMKWB
Ditubuhkan 16 April 1981
Pengerusi PIBG Tuan Haji Mohd Rosdi bin Abd Aziz
Moto Berfokus, Bersegera, Bersungguh-sungguh
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Wahab bin Ab. Rahman (2008)