Sektor perkhidmatan merupakan salah satu daripada tiga sektor ekonomi, yang lainya adalah
sektor sekunder (kira-kira sama seperti
pembuatan) dan
sektor premier (
pertanian,
memancing, dan pengekstrakan seperti
perlombongan).Sektor perkhidmatan terdiri daripada bahagian-bahagian "lembut" ekonomi, iaitu aktiviti-aktiviti di mana orang-orang menawarkan pengetahuan dan masa mereka untuk meningkatkan produktiviti, prestasi, potensi, dan kemampanan. Ciri-ciri asas sektor ini adalah pengeluaran
perkhidmatan bukan
produk akhir.. Perkhidmatan (juga dikenali sebagai "barangan yang tidak terpegang") merangkumi perhatian, nasihat, pengalaman, dan perbincangan. Pengeluaran
maklumat umumnya juga dianggap sebagai satu perkhidmatan, tetapi sesetengah ahli ekonomi kini menyifatkannya kepada sektor keempat,
sektor quaternari.Sektor ketiga industri ini melibatkan penyediaan perkhidmatan kepada perniagaan lain serta pengguna akhir. Perkhidmatan ini mungkin melibatkan
pengangkutan,
pengedaran dan penjualan barang-barang dari pengeluar kepada pengguna, sebagaimana yang berlaku dalam
pemborongan dan
peruncitan, atau mungkin melibatkan peruntukan perkhidmatan seperti
kawalan haiwan perosak atau
hiburan. Barangan boleh bertukar dalam proses menyediakan perkhidmatan, seperti yang dilakukan dalam industri
restoran. Walau bagaimanapun, tumpuan sektor ini adalah kepada orang yang berinteraksi dengan orang atau perkhidmatan kepada pelanggan berbanding mengubah barang-barang fizikal.Bagi 30 tahun yang lalu, telah berlaku perubahan yang ketara daripada sektor primer dan sekunder, kepada sektor ketiga di negara-negara perindustrian. Perubahan ini dipanggil tertiarisasi.
[1] Sektor ketiga ini kini merupakan sektor ekonomi terbesar di
dunia Barat, dan juga sektor paling cepat berkembang.