Penyangak Senarai_watak_Ben_10

Vilgax

Vilgax (latar suara oleh Steven Blum) adalah seekor makhluk asing Chimera Sui Generis yang berkepala seakan-akan sotong, penakluk antara galaksi dan sanggup melakukan kemusnahan semata-mata memenuhi kehendaknya untuk mendapatkan Omnitrix dan menggunakannya bagi menjajah setiap planet dalam alam semesta. Beliau merupakan salah satu makhluk asing yang paling digeruni dalam galaksi, telah memusnahkan lima planet dan menghasilkan lohong hitam. Pada hakikatnya, sifat gerunnya itu menyebabkan hampir tiada satupun bentuk hidupan biologi yang sanggup bekerjanya dengannya, memaksa beliau untuk menggunakan robot sebagai krew secara keseluruhannya meskipun beliau mampu mencari tentera upahan yang hendak berkhidmat untuknya. Beliau juga mengisytiharkan diri sebagai pakar Omnitrix sebagaimana dakwaan beliau bahawa membuka kunci fungsi kawalan Omnitrix merupakan satu kerja yang mudah baginya.[14]

The Forever Knight

The Forever Knights adalah sebuah persatuan rahsia yang ditubuhkan semasa Abad Pertengahan yang dibaktikan untuk mengumpul teknologi makhluk asing.