Senarai_watak_anime_Pokémon

Pokémon, dikenali di Jepun sebagai Pocket Monsters (ポケットモンスター, Poketto Monsutā), ialah sebuah siri anime televisyen Jepun berdasarkan siri permainan video Pokémon yang diterbitkan oleh Nintendo. Ia mula disiarkan di TV Tokyo pada 1 April 1997, dengan kerjasama MediaNet (dahulunya Softx) dan Shopro, bermaksud Shogakukan-Shueisha Productions Co., Ltd. (dahulunya Shogakukan Productions Co., Ltd.). Protagonis utama rancangan ini ialah Ash Ketchum, yang berusia sepuluh tahun yang bercita-cita tinggi untuk jadi "Pokémon master", yang mengambil bahagian dalam perlawanan yang melibatkan pertempuran dengan makhluk dipanggil Pokémon dalam wilayah fiksyen Kanto, Kepulauan Oren, Johto, Hoenn, Sinnoh, Unova, Kalos, Alola, dan baru-baru ini Galar. Ash selalunya disertai oleh rakan tikus elektrik-nya Pikachu, dan rakan manusia-nya yang selalu bertukar. Kebanyakan rakan-rakannya adalah jurulatih Pokémon, seperti Misty, Brock, Tracey Sketchit, May, Dawn, Iris, Cilan, Serena, Clemont, Lillie, Kiawe, Mallow, Lana, Sophocles dan Go walaupun sebahagian rakan Ash seperti adik May iaitu Max dan adik Clemont iaitu Bonnie, terlalu muda untuk membesarkan dan melatih Pokémon dengan sendiri.Antagonis berulang sepanjang rancangan ini adalah pencuri komedi dari Pasukan Roket, terdiri daripada Jessie dan James dan Pokémon mereka, Meowth yang boleh bercakap dan kemudian seekor Wobbuffet. Ash juga berlawan dengan pesaingnya dalam pengembaraannya, termasuk Gary Oak, Ritchie, Harrison, Morrison, Tyson, Paul, Nando, Conway, Barry, Tobias, Trip, Bianca, Stephan, Cameron, Virgil, Tierno, Trevor, Sawyer, Alain, Gladion dan Hau.