Tema Seni_Peperangan

Sun Tzu menganggap peperangan itu sebagai sesuatu yang perlu, tetapi harus dielakkan jika boleh. Karyanya menyatakan, "peperangan ialah seumpama api; mereka yang bermain senjata akan mati di hujung senjata."[5] Peperangan harus diselesaikan secepat mungkin agar dapat mengelak kerugian ekonomi: "Tiada negeri yang untung daripada peperangan berpanjangan: 100 kemenangan dalam 100 pertempuran tidak masuk akal. Sesiapa yang cekap mengalahkan musuhnya menewaskannya sebelum ancamannya menjadi nyata." Mengikut buku ini, kita harus mengelak daripada pembunuhan beramai-ramai dan perbuatan kejam kerana ini boleh mencetuskan tentangan dan berkemungkinan membolehkan musuh mendapat manfaat daripadanya. [5] Bagi pemenang, "cara yang terbaik ialah menawan negara dalam keadaan utuh; ia hanya harus dimusnahakan jika tiada pilihan lain.".[5]

Sun Tzu menitikberatkan tataatur tentera dalam strategi ketenteraan. Keputusan meletakkan sebuah angkatan perang mesti berlandaskan penilain objektif tentang keadaan sekitar fizikal dan kepercayaan subjektif pelaku lain dalam persekitaran tersebut. Beliau berpendapat bahawa strategi bukan perancangan dalam erti kata bekerja mengikut jadual yang tersedia, tetapi ia merupakan gerak balas pantas dan bersesuaian dengan keadaan yang bertukar. Perencanaan bekerja dalam sesuatu keadaan yang terkawal; tetapi dan keadaan yang berubah-ubah, perancangan yang bersaing akan saling berlanggar, dan menimbulkan sesuatu yang tidak dijangka.