Gaya Seni_mempertahankan_diri_dari_Cina

China memiliki sejarah tradisi lebih dua ribu tahun dan ratusan gaya seni bela diri.[4] Terdapat tema serupa dalam gaya-gaya ini, menimbulkan pengelasan mengikut sifat yang dikongsi bersama, sebagai "keluarga" (家, jiā), "taifah" (派, pài) atau "sekolah" (門, mén). Ada gaya yang memfokus pada menyadap qi, manakala yang lain menumpu pada pertandingan fizikal. Sumber ilham gaya-gaya ini juga berbagai-bagai.

Hung Ga

Menurut legenda, Hung Ga dinamakan sempena Hung Hei-gun yang mempelajari seni bela diri daripada Jee Sin, seorang mahaguru Chan (Zen) di Tokong Shaolin selatan. Jee Sin (ak Gee Sum Sim See) juga merupakan pengajar kepada Choy Gau Lee, Mok Da Si, Lau Sam-Ngan and Li Yao San, yang bersama Hung Hei Gun menjadikan mereka pengasas kepada lima gaya seni bela diri Cina, iaitu: (Hung Ga, Choy Gar, Mok Gar, Li Gar dan Lau Gar). Wira rakyat China Wong Fei-hung ialah pakar gaya ini.[5]

Tokong Shaolin menjadi tempat perlindungan bagi para penentang pemerintahan Qing, tetapi lambat-lain dibinasakan oleh tentera Qing. Hung, seorang saudagar teh, akhirnya meninggalkan kampung halamannya di Fujian untuk membawa seninya ke Guangdong.

Disebabkan sejarah seni bela diri Cina disampaikan secara lisan dan jarang sekali bertulis, maka kebanyakan sejarah awal Hung Ga sukar dipastikan atau ditahkikkan oleh catatan bertulis.

Tai Chi Chuan

Gaya Yang taijiquan diamalkan di Shanghai

Tai Chi Chuan merupakan rangkaian gerakan yang memutar dan merefleksikan hukum mikrokosmik. Tai-Chi mengungkap prinsip-prinsip kosmik (hukum alam) iaitu gerakan melingkar yang kemudian menjadi simbol Tai-Chi, kerana gerakan melingkar atau berputar adalah gerakan yang dinamik dan menghindari titik akhir (puncak), kerana puncak itu adalah titik akhir pertumbuhan sekaligus peringkat awal kemerosotan.

Pada saat ini, gaya Yang tampaknya yang paling popular di seluruh dunia.Pendiri gaya Yang Yang Lu-ch'an (1799-1872), yang belajar di bawah Chang-Hsing Ch'en dimulai pada 1820. Yang menjadi guru yang dikenal dengan gayanya sendiri, dan berikutnya gaya Tai Chi Chuan beliau dikenali sebagai gaya Yang. Lu-Ch'an yang dikenal dengan pesilat yang menonjol diundang dan disewa oleh keluarga Maharaja Cina untuk mengajarkan tai chi chuan kepada Batalion Istana Pengawal Elit Diraja, jawatan yang dipegangnya hingga kematiannya.[6]

Jeet Kune Do

Jeet Kune Do ialah satu sistem dan falsafah seni bela diri baharu yang dimajukan oleh bintang seni bela diri Bruce Lee.[7] Konsep teras gaya ini berasal daripada seni selatan Wing Chun. Pengamalnya percaya konsep gerakan minimum dengan kesan maksimum dan kelajuan pantas.