Istilah Seni_mempertahankan_diri_dari_Cina

Dalam bahasa Cina, kung fu (功夫, gōng bermakna "kerja" atau "pencapai" dan sama ada fū, "orang", atau fu, akhiran bermakna "kehebatan") boleh juga digunakan dalam konteks yang langsung tiada kaitan dengan seni bela diri, dan merujuk kepada suatu pencapaian atau kemahiran individu yang dicapai melalui usaha berpanjangan dan kerja keras.[1] Cuma pada akhir abad ke-20 istilah ini digunakan bagi merujuk khusus kepada seni mempertahankan diri oleh masyarakat Cina.[2][3] Wushu (武 "Wu" = tentera atau pertahan, 术 "Shu" = seni) pula merupakan suatu istilah lebih khusus bagi aktiviti seni mempertahankan diri am, namun hari ini lebih dikaitkan dengan sukan mempertahankan diri.