Seo_Kouji

Seo Kouji (瀬尾 公治, Seo Kōji, dilahirkan pada 26 Julai 1974 di Shōbara, Wilayah Hiroshima) ialah seorang pelukis manga Jepun. Beliau mula tampil dalam industri penerbitan manga pada tahun 1996 dengan komik pendek bertajuk HALF & HALF di majalah Magazine Fresh. Kedua-dua manga popular beliau, Suzuka dan Cross Over, ialah gabungan dua genre sukan dan percintaan sekolah menengah. Suzuka bertumpu pada olahraga balapan dan padang manakala Cross Over menggunakan bola keranjang.Beliau pernah menjadi pembantu pelukis manga, Tsukasa Ōshima, dan menghormati Fujiko F. Fujio dan Masahito Soda.[1]