Seon
Seon

Seon

Sup & stuBanchanSeon merujuk kepada masakan Korea tradisional dibuat dengan mengukus sayur-sayuran seperti zukini, timun, terung, atau kubis Napa yang disumbat dengan inti. Sungguhpun istilah itu adalah pasangan dari jjim, hidangan dibuat dengan mengukus daging atau makanan laut, konsep itu tidak ditetapkan dengan jelas.[1] Untuk membuat hobakseon (호박선) atau oiseon (오이선), zukini atau timun dipotong kepada kepingan 4 atau 5 cm panjang dan dikelar. Hirisan itu keudiannya digaramkan sedikit dan jus diperah sedikit. Daging lembu atau ayam dan bawang dicincang dan dicampur bersama-sama dengan perasa untuk membuat inti. Zukini atau timun yang telah siap disumbat dengan inti dan diletakkan di atas periuk. Stok berperisa sup atau sayur-sayuran dituang ke atas bahan-bahan sehingga direndam dan direbus atau dikukus selama 5 atau 10 minit. Selepas selesai memasak, hirisan seogi (석이, Umbilicaria esculenta), lada cili, dan jidan (지단, telur goreng dipisahkan lapisan putih dan kuning) diletakkan di atas piring sebagai gomyeong (고명, hiasan).[2][3] Selain hidangan ini, gajiseon (가지선, terung kukus), gochuseon (고추선, cili kukus), donggwaseon (동과선, labu air kukus), museon (무선, daikon kukus), baechuseon (kubis Cina kukus)[1] dan dubuseon (tauhu kukus) mewakili hidangan seon.

Seon

Hanja
Hangul
McCune–Reischauer Son
Perumian Semakan Seon