Trivia Sepahtu_Reunion_Live

  • Rakaman secara langsung diperkenalkan pada musim kedua. Pada musim pertama sitkom dipersembahkan seperti konsep asal Senario dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
  • Pada tahun 2018, sitkom Sepahtu tidak diadakan untuk memberi ruang kepada sitkom terbaru yang dianggotai kumpulan pelawak popular yang memenangi Maharaja Lawak Mega dua kali berturut- turut iaitu Bocey. Sitkom mereka yang diberi nama Bocey & Friends Live mengekalkan konsep yang sama seperti Sepahtu tetapi mereka menampilkan Nasir Bilal Khan sebagai pembuka acara / panggung untuk menceritakan perjalanan sketsa mereka sebagai satu kelainan.
  • Pada musim ke-5 sitkom bahagian 1, Pak Ya tidak dapat melakukan persembahan pada episod 1 hingga 3 kerana telah digam oleh pihak tertentu daripada muncul di mana-mana rancangan televisyen. Hal ini kerana, ketika Pak Ya melakukan persembahan di pentas final Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Rare yang turut dianggotai Ropie & Ajak Shiro, persembahan mereka dikatakan menyindir pihak kerajaan. Walaubagaimanapun, Pak Ya telah membuat permohonan maaf kepada pihak berkenaan dan beliau muncul sebagai cameo pada episod ke-4. Kemunculan semula beliau di dalam sitkom sepahtu ini telah mengamatkan suasana dimana semua penonton bersorak dengan penuh semangat.
  • Pada episod 10 Sepahtu Reunion Live 2020 bahagian 2, Shuib telah dikecam hebat oleh netizen kerana beliau dikatakan telah melakukan lawak berunsur lucah ketika babak beliau mengukur kelapa.[3] Oleh itu. beliau telah mengambil keputusan untuk tidak beraksi bagi baki sitkom Sepahtu ini untuk meredakan kemarahan netizen dan penonton. Pada tahun 2021, nama pelawak Shuib sekali lagi menjadi bualan ramai apabila beliau tidak beraksi dalam sitkom Sepahtu musim terbaru. Beliau tampil menjelaskan bahawa ketiadaan beliau pada musim ini bukan dek kerana kontroversi yang lalu tetapi beliau ingin berehat sementara dalam dunia seni bagi memberi tumpuan pada perniagaan Bubble Bee yang diasaskan oleh beliau dan isterinya.
  • Pada musim ke-6, sitkom sepahtu tidak dapat dirakamkan secara langsung disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dijalankan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang tidak membenarkan para penonton untuk hadir pada skala yang besar. Oleh itu, sitkom sepahtu telah dirakam seperti musim pertama dilakukan.