Sepahtu_Reunion_Live

Sepahtu Reunion Live merupakan sitkom komedi yang pertama dirakamkan secara langsung di Astro Warna.[1] Masih mengekalkan konsep yang sama seperti sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan Senario iaitu lakonan sketsa dilakukan di hadapan penonton di dalam studio. Sitkom ini merupakan idea asal daripada Jep Sepahtu yang merupakan ahli kumpulan Sepahtu. Sketsa yang dipersembahkan merupakan isu-isu semasa yang berlaku disekeliling masyarakat dan sarat dengan mesej serta pengajaran yang boleh dijadikan teladan dan panduan hidup. Sitkom ini dilakonkan oleh anggota kumpulan Sepahtu iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Rahim Sepahtu, Pak Ya dan Mamat Sepah. Mereka digabungkan buat pertama kali di pentas yang sama untuk menghiburkan para peminat. Mamat Sepah hanya beraksi pada musim pertama sahaja dan menjadi tetamu cameo pada musim yang ke-3. Sitkom ini juga diserikan dengan artis jemputan dan cameo pada setiap episod. Penampilan cameo yang diperkenalkan pada musim kedua menjadi kesukaan ramai peminat dimana cameo ini disembunyikan identiti mereka dari pengetahuan penonton dan anggota kumpulan Sepahtu sendiri sehingga sitkom secara langsung ini berlangsung. Cameo ini terdiri daripada artis - artis lagenda dan popular tanah air seperti Dato' M. Nasir, Dato' Jamal Abdillah dan ramai lagi. Sitkom ini pada mulanya disiarkan pada setiap hari Khamis jam 10 malam. Pada musim ke-2 hingga ke-5 bahagian pertama, siarannya telah diubah pada setiap hari Jumaat dan waktu siaran masih dikekalkan pada jam 10 malam sehingga musim ke-3 ditukarkan pada jam 9 malam. Namun pada musim ke-5 bahagian kedua, siaran sitkom ini sekali lagi diubah pada hari Khamis dimana ia merupakan hari asal siaran sitkom ini pada musim pertama ia diperkenalkan. Sitkom ini boleh ditonton di saluran Warna 132 (2015-2020), Warna HD 107 (2020-kini) dan Mustika HD 134 (2015-2016).[2]

Sepahtu_Reunion_Live

Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Pengarah
Penerbit Lydia Emalia Ishak
Syarikat penerbitan Vision Works
Tempoh siaran 45–50 minit
Siaran asal
  • 31 Disember 2015 - 24 Mac 2016
  • 16 Disember 2016 - 10 Februari 2017
  • 3 November 2017 - 12 Januari 2018
  • 25 Januari 2019 - 3 May 2019
  • 17 Januari 2020 - 6 Mac 2020
  • 15 Oktober 2020 - 7 Januari 2021
  • 27 Mei 2021 - kini
Format Sitkom
Rancangan berkaitan Warung Sepahtu
Dibintangi oleh
Genre Komedi
Bilangan musim 6
Saluran asal Astro Warna
Astro Warna HD (2017–kini)
Astro Mustika HD (2015–16)