Tawanan Serang_Hendap_Di_Sungai_Semur

Mereka kemudiannya ditawan dan dibawa ke kem musuh dan dipaksa menyerahkan peralatan mereka. Mereka juga diberi amaran supaya berhenti menentang Komunis. Selepas dua jam, pihak musuh membuat keputusan melepaskan mereka. Jamaluddin dan anggotanya dihantar pihak musuh ke arah Pengkalan Pulai sebelum ditinggalkan separuh jalan.

Kumpulan yang keluar terdiri daripada Koperal Jamaluddin, Prebet Salleh Nahu, Prebet Zamzuri Itam Sudin, Prebet Nordin Md. Isa, Prebet Hussin Mamat, Lans Koperal Mohamad Othman, Prebet Ahmad Mat Jam, dan Prebet Mohd. Shariff Manaf. Prebet Osman Yaacob meninggal dunia tidak lama selepas mereka tiba di Pengkalan Pulai pada pukul 9 malam.

Dua orang anggota Platun 12, Prebet Abdul Wahab dan Prebet Rashid Hassan yang cedera parah terpaksa ditinggalkan di lokasi pertempuran bersama mayat 14 rakan mereka yang terkorban. Pada pukul 10 pagi, 27 Mac 1950, barulah bantuan tentera dari Platun 11 dan pasukan Jungle Squad dari kem Gua Musang tiba untuk menyelamatkan mereka.