Serangan Serangan_Jakarta_2016

Letupan pertama belaku pada waktu 10.20 pagi (waktu tempatan)[9][4].Letupan kedua pula berlaku pada 10.50 pagi[4] dan letupan ketiga enam minit selepas itu.[4]Letupan yang berlaku berdekatan dengan kafe Starbuck telah memecahkan kaca jendela kafe tersebut[8][4], diikuti dengan serbuan oleh pihak polis.[8][4]Letupan keempat, kelima dan keenam berlaku pada waktu 11 pagi.[4]Empat lagi anggota polis memasuki lokasi kejadian pada waktu 11.10 pagi dan bunyi tembak-menembak mula reda.[4]Sebuah pos kawalan polis disahkan rosak akibat diletupkan oleh pengganas yang melemparkan bom tangan dengan menaiki motosikal.[5][10]

Pada waktu 12.05 tengah hari, sepasukan anggota tentera turut mengawal keadaan sekitar kejadian.[4]Beberapa mayat telah dialih oleh pihak polis menggunakan empat buah ambulans.[4]Bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bebrapa buah bangunan berdekatan telah dikosongkan serta-merta.[8]

Tiga bom tangan yang belum diletupkan telah ditemui oleh pihak polis selepas kejadian.[11]

Rujukan

WikiPedia: Serangan_Jakarta_2016 http://www.abc.net.au/news/2016-01-14/live-jakarta... http://eng.belta.by/politics/view/belarus-strongly... http://www.cbc.ca/beta/news/politics/canadian-dead... http://www.fmprc.gov.cn/mfa_eng/xwfw_665399/s2510_... http://www.aljazeera.com/news/2016/01/bomb-blasts-... http://allafrica.com/stories/201601150865.html http://www.antaranews.com/en/news/102531/japan-off... http://asiancorrespondent.com/2016/01/we-are-not-a... http://www.astroawani.com/berita-dunia/insiden-let... http://www.astroawani.com/berita-dunia/jakarta-dis...