Kesan Serangan_Norway_2011

Mangsa

Tujuh mayat ditemui akibat letupan Oslo itu, dengan 15 orang cedera dan 11 cedera parah. Doktor di Hospital Universiti Oslo menyatakan kakitangan hospital bertungkus-lumus merawat kecederaan otak manusia, dada dan perut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Hans Kristian Amundsen menyatakan ramai orang sedang bercuti pada bulan Julai ini sempena musim panas.

Kesan ke atas pengangkutan

Semua jalan-jalan ke kawasan pusat bandar Oslo ditutup, penduduk diarahkan pindah dan meminta mereka menjauhi bandar Oslo.Penduduk diarah mengurangkan penggunaan telefon bimbit kerana bimbang kemungkinan serangan seterusnya. Polis memeriksa pengguna jalan raya menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Oslo.Polis juga memeriksa kereta yang diparkir di lapangan terbang.Semua kereta api telah ditutup dan memeriksa bungkusan dan manusia yang mencurigakan.Pejabat TV2 telah dipindahkan.