Reaksi Serangan_Norway_2011

  1. Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg dalam sidang media di Oslo menyatakan polis akan menahan mereka yang bertanggungjawab.Tiada sesiapa yang dapat menakutkan rakyat Norway.
  2. Menteri Keadilan Knut Storberget mengesahkan bahawa suspek yang ditangkap di kem belia Utøya sememangnya rakyat Norway sendiri.
  3. Kesatuan Eropah: Presiden Majlis Eropah, Herman Van Rompuy menyifatkan serangan itu sebagai perbuatan pengecut.
  4. NATO: Ketua Setiausaha, Anders Fogh Rasmussen mengutuk perbuatan kejam keganasan di Norway itu.

Reaksi terhadap Knight Templar moden

Tindakan pengganas tempatan alam Knight Templar Moden ini akan menimbulkan perdebatan berpanjangan di Parlimen Norway. Pilihan raya yang dijadual pada September 2011 pasti akan terencat. Semua pihak sepatutnya bersetuju dengan peraturan permainan politik.

Norway telah lama membuka imigresen dan menyambut semua pendatang. Dasar ini dikritik oleh Parti Kemajuan populis yang didokong oleh Breivik. Akan ada Norway lama dan Norway baru selepas ini.

Di Katedral Oslo, padri 42 tahun, Aanes Britt mengucapkan syukur kerana tindakan ini bukan dari pengganas Islam seperti tersangka.Ini bermakna polis Norway memberi tumpuan kepada militan Al Qaeda dan terlepas pandang ancaman dalam negeri.[8]