Serangan_Norway_2011
Serangan_Norway_2011

Serangan_Norway_2011

Serangan Norway 2011 berlaku apabila letupan bom berlaku di Regjeringskvartalet, Oslo, Norway, pada hari Jumaat, 22 Julai 2011 di luar pejabat Perdana Menteri Norway, Jens Stoltenberg dan 17 bangunan pejabat kerajaan yang lain. Seterusnya kejadian tembakan berlaku di pulau Utøya di Tyrifjorden, Buskerud. Jenayah itu dilakukan oleh seorang lelaki rakyat Norway, berusia 32 tahun bernama Anders Behring Breivik yang kini telah ditahan. Masyarakat antarabangsa mengutuk serangan itu. 76 mangsa terbunuh akibat kejadian ini, 8 akibat pengeboman dan 68 lagi ditembak mati di kem belia Utøya.[2]Pengeboman Oslo ini tidak ubah seperti pengeboman di Baghdad atau tindakan ganas Timothy McVeigh yang membunuh 168 orang dengan bom trak di Oklahoma City pada tahun 1995.Menurutnya, "Serangan itu kejam tetapi perlu" untuk mengalahkan dasar imigresen yang liberal dan penyebaran Islam. Dia percaya tindakan "sucinya" itu tidak patut dihukum. Dia mahukan revolusi agar semua termasuk ketua negara / Parti Buruh Norway akan faham. [5]

Serangan_Norway_2011

Jenis serangan Pengeboman dan tembakan
Tarikh 22 Julai 2011 (2011-07-22)
15:25[1] (CEST)
Koordinat 59°54′54″N 10°44′48″E / 59.9149776°N 10.746544°E / 59.9149776; 10.746544 (2011 Oslo explosion)Koordinat: 59°54′54″N 10°44′48″E / 59.9149776°N 10.746544°E / 59.9149776; 10.746544 (2011 Oslo explosion)
Kematian 8 (Oslo)[2]
68 (Utøya)[2]
Jumlah: 76
Sasaran Parti Buruh Norway (Oslo)
Belia Parti Buruh (Utøya)
Kecederaan 30 (Oslo)
66 (Utøya)[3][4]
Jumlah: 96
Lokasi Oslo dan Utøya, Norway
Senjata Bom kereta (ANFO)
Karbin Ruger Mini-14
Pistol Glock 17
Pesalah Anders Behring Breivik