Sasaran Serangan_bom_Kampala_2010

Letupan bom pertama disasarkan kepada warga asing terutama diplomat asing di sebuah restoran Ethiopia di Kabalagala. 15 terbunuh semasa mereka sedang asyik menonton perlawanan bola sepak antara Belanda dengan Sepanyol dalam Piala Dunia FIFA 2010. Seorang daripadanya warga Amerika Syarikat yang berkerja dengan NGO. Seorang warga India. 10 orang rakyat Habsyah atau Eritrea. Mereka menjadi sasaran serangan bom kerana Uganda menyokong pasukan keamanan Kesatuan Afrika di Mogadishu menyokong kerajaan sementara Somalia mematahkan pemberontakan Islam.

Letupan bom kedua di Kelab Ragbi Kyadondo di Nakawa. Letupan berlaku pada minit 90 perlawanan bola sepak.49 orang terbunuh akibat serangan berani mati.

Jumlah korban ialah 64 orang.71 cedera. 14 orang luka ringan . 57 orang dikejarkan ke Hospital Antarabangsa Kampala.

Laporan letupan lain di Ntinda dan Bwaise didapati palsu.[5]