Serangan_terhadap_Bani_Qainuqak
Serangan_terhadap_Bani_Qainuqak

Serangan_terhadap_Bani_Qainuqak

Serangan ke atas Bani Qainuqak, Bahasa Arab: بنو قينقاع‎) atau Ekspedisi menentang Bani Qainuqak [1] berlaku dalam tahun 624 M. Bani Qaunuqak ialah suku kaum Yahudi yang disingkirkan oleh Nabi Muhammad (SAW) kerana dikatakan mungkir janji yang dibuat bersama dalam Piagam Madinah.[2][3]:209 Seorang ahli kaum Qainuqak menyemat pakaian seorang wanita Muslim yang menyebabkan pakaian wanita tersebut terbuka. Pergaduhan berlaku dan seorang Muslim membunuh orang Yahudi sebagai balasan. Orang Yahudi kemudiannya membunuh Muslim tersebut. Perbalahan ini meningkat sehinggakan mencetuskan pembunuhan saling menyebabkan permusuhan antara Muslim dan Yahudi Bani Qainuqak yang membawa kepad pengepungan kubu mereka.[2][4][5]:122 Suku kaum Yahudi ini akhirnya menyerah kalah kepada Nabi Muhammad yang pada awalnya mahu menjatuhkan hukum bunuh ke atas suku Qainuqak tetapi akhirnya mengalah kepada rayuan Abdullah bin Ubaiy dan bersetuju agar Bani Qainuqak dihalau.[6]

Serangan_terhadap_Bani_Qainuqak

LokasiHasil
LokasiMadinah,
HasilPenyingkiran Bani Qainuqak
Lokasi Madinah,
Hasil Penyingkiran Bani Qainuqak