Serangan_terhadap_Bani_Quraizah

Serangan terhadap Bani Quraizah, berlaku pada bulan Februari dan Mac 627 M (5 AH).[6]Bani Quraizah, sebuah suku kaum Yahudi di Madinah membentuk perjanjian dengan masyarakat Islam yang diketuai oleh Nabi Muhammad SAW. Tidak lama kemudian masyarakat ini dikepung oleh angkatan musyrik dari Makkah yang memerangi mereka. Mengikut perjanjian (Piagam Madinah) antara mereka, Bani Quraizah tidak akan mengambil bahagian dalam pertempuran menentang orang Makkah, akan tetapi mereka juga tidak akan menyerang Muslim di Madinah. Orang Muslim terselamat daripada kepungan musyrik akan tetapi dalam kempen tersebut, Bani Quraizah telah mengkhianati perjanjian mereka dengan membantu musuh.Selanjutnya, Bani Quraizah dikepung selama 25 hari sehingga mereka menyerah diri dan diadili kerana pengkhianatan mereka.[1] Seorang Sahabat, Sa'd bin Muaz RA, yang mengetuai suku yang bersekutu dengan Quraizah, dipilih (oleh Yahudi sendiri) untuk menghakimi pembicaraan. Beliau menjatuhakan hukuman, bahawa "orang lelaki harus dibunuh, harta dibahagi-bahagikan, dan para wanita dan kanak-kanak diambil sebagai hamba". Beberapa sumber menyatakan bahawa hukuman ini mengikut lunas-lunas agama Yahudi. Nabi Muhammad mempersetujui hukuman ini oleh sebab ia mengikut kehendak agama Yahudi itu sendiri.[7][8][9][10][11] Mengikut Ibn Ishaq, Nabi Muhammad berkata kepada Sa'd : "Anda telah menjatuhkan hukuman Allah yang Maha Tinggi"[nota 1].[12] Kesemua lelaki suku Quraizah yang baligh dihukum penggal kepala.[2][13] Mengikut Daniel C. Peterson dan Martin Lings, hukuman ini menepati hukuman Moses seperti yang tercatat dalam Kitab Ulangan (Bible) 20:10-14.[14][15] Ahli fikah, al-Tabari berkata bahawa seramai 600-900 orang dihukum bunuh.[1][3] Hadis tidak menyatakan bilangan yang terbunuh, akan tetapi ada menyatakan bahawa kesemua orang lelaki dan seorang wanita (Sunan Abu Dawud) dibunuh.[16] Mengikut sumber Muslim, baki para wanita dan kanak-kanak ditukar dengan senjata dan kuda.[1]

Serangan_terhadap_Bani_Quraizah

Tarikh Februari/Mac, 627 M
TarikhLokasiHasil
TarikhFebruari/Mac, 627 M
LokasiKubu Bani Qiraizah
Hasil
  • Pengepungan selama 25 hari yang berjaya[1][2]
Lokasi Kubu Bani Qiraizah
Hasil
  • Pengepungan selama 25 hari yang berjaya[1][2]

Rujukan

WikiPedia: Serangan_terhadap_Bani_Quraizah http://www.tafsir.com/default.asp?sid=33&tid=41539 http://www.kister.huji.ac.il/ http://www.cmje.org/religious-texts/hadith/abudawu... http://www.cmje.org/religious-texts/hadith/bukhari... http://www.witness-pioneer.org/vil/Books/SM_tsn/ch... http://books.google.co.uk/books?id=-ppPqzawIrIC&pg... http://books.google.co.uk/books?id=-ppPqzawIrIC&pr... http://books.google.co.uk/books?id=PNDXAAAAMAAJ&q http://books.google.co.uk/books?id=QyIPouT4DqcC&pr... http://books.google.co.uk/books?id=jAHs9Wboz4gC&pg...