Malaysia Setiaraja

Kelab Setiaraja Johor (Johor Royalists Club) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan di Johor pada 23 Mac 2015. Misi Kelab Setiaraja Johor adalah untuk memulihkan "Order", dan matlamat Kelab Setiaraja Johor ialah: menyokong monarki Johor; mewujudkan kesedaran mengenai warisan monarki Johor; dan merapatkan hubungan kaum melalui monarki Johor. Keahlian Kelab Setiaraja Johor terbuka kepada Anak Jati Johor (iaitu seorang Bangsa Johor yang lahir di Johor dengan kedua-dua ibu bapa yang juga lahir di Johor) yang taat setia (dan hanya taat setia) kepada Sultan Johor.[1]