Setiaraja

Setiaraja atau royalisme (Jawi: ستياراج; Inggeris: royalist) merujuk kepada fahaman yang menyokong raja tertentu sebagai ketua negara untuk kerajaan tertentu, atau tuntutan dinasti tertentu. Ia berbeza daripada monarkisme yang mendukung sistem kerajaan monarki namun tidak semestinya bertumpu kepada tokoh raja tertentu. Selalunya, konsep ini merujuk kepada para penyokong ketua yang memerintah semasa mahupun yang baru diggulingkan untuk membentuk sebuah republik ("royalis").Di United Kingdom, hari ini istilah itu hampir tidak dapat dibezakan daripada "monarkis" kerana tidak ada saingan penting untuk takhta. Sebagai contoh: dalam konteks politik perintahan Perancis abad ke-19, seorang yang dianggap "setia kepada raja" mungkin merupakan salah seorang daripada pihak Legitimis, Bonapartis, atau Orléanis di mana kesemuanya mendokong pemerintahan beraja daripada kerabat diraja tersendiri (yakni, sama ada daripada kerabat Napoleon Bonaparte, cabang sulung [[Wangsa Bourbon ataupun Wangsa Orléans).