Jasa Shah_Jahan

Shah Jahan merupakan seorang penaung kesenian dan reka bentuk bangunan yang terkenal. Tempoh pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Kesenian Islam. Shah Jahan telah mendirikan banyak monumen. Antaranya ialah Taj Mahal di Agra yang dibina bagi memperingati permaisurinya yang tercinta iaitu Mumtaz Mahal (nama lahir Arjumand Banu Begum). Bangunan-bangunan lain juga dibina di Tembok Merah (Qila Mubarak) at Agra seperti Masjid Mutiara, reka bentuk yang lengkap Delhi Tua (Shahjahanabad), istana-istana, Tembok Merah, masjid di Delhi dan Lahore serta bangunan-bangunan di dalam tembok Lahore (sekarang Pakistan). [2]