Pemerintahan Shah_Jahan

Shah Jahan menaiki takhta kerajaan Moghul selepas kemangkatan ayahandanya Jahangir pada tahun 1627. Zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman Keagungan Empayar Mughal. Seperti Akbar, beliau juga berusaha meluaskan empayarnya. Peristiwa penting yang berlaku pada zaman pemerintahannya ialah kemusnahan kerajaan Ahmednagar (1636), kehilangan wilayah Kandahar kepada Empayar Parsi (1653), dan perang yang kedua untuk menakluki wilayah Deccan (1655). Pada tahun 1658, Shah Jehan telah jatuh sakit. Pada masa inilah puteranya Aurangzeb telah merampas kuasa dan mengurungnya di bandar Agra sehingga kematiannya pada tahun 1666. Pada saat-saat menjelang kematiannya pada tahun 1666, Empayar Mughal telah berkembang seluas 750,000,000 ekar (3,000,000 km2).