Kerjaya Shah_Rezza

Shah Rezza memulakan kerjaya hiburan profesional pada 1981 menerusi filem Mangsa. Hanya pada 1985, beliau mula dikenali menerusi filem Ali Setan arahan Jins Shamsuddin. Kemudian beliau muncul bersama M. Nasir dan Pyan Habib menerusi filem Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani pada 1986.

Beliau muncul dalam rancangan hiburan RTM iaitu Mekar Sejambak dan Hiburan Minggu Ini bergandingan dengan antara lainnya Uji Rashid dan Ahmad Fauzee. Dalam tahun 1987, beliau muncul dalam tiga filem—Marah-Marah Sayang, Balik Kampung dan Jejaka Perasan. Beliau paling dikenali menerusi filem Kolej 56 arahan dan lakonan Ahmad Fauzee dan dibintangi bersama Salwa Abdul Rahman.

Pada tahun 1997, beliau melangkah ke bidang muzik sebagai penerbit album kompilasi berjudul Pedoman, yang menampilkan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan oleh Nassier Wahab, Ebby Saiful, Ahmad Fauzee dan Syed Sobrie.

Shah mengembangkan kepintaran perniagaannya dengan menubuhkan syarikatnya sendiri, Nusantara Gems, yang bertanggungjawab menguruskan perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Sejak 2006, beliau telah menganjurkan Festival Fesyen Islam Antarabangsa tahunan, bagi meraikan fesyen tradisional dan moden, dan gabungannya dengan tema Islam.[3]

Beliau menerbitkan album berjudul Pedoman 2 pada 2013, mengandungi lagu yang dicipta dan ditulis oleh Fauzi Marzuki, Habsah Hassan, Melly Goeslaw, S. Atan dan Akbar Nawab.[4]

Shah Rezza memegang watak sebagai Dato’ Azizan dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[5]

Rujukan

WikiPedia: Shah_Rezza http://www.imdb.com/name/nm1107077/ http://www.malaysiandigest.com/hiburan/18601-laung... http://www.utusan.com.my/hiburan/2015-tahun-melaks... http://www.utusan.com.my/hiburan/berkolek-demi-way... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/akui-ti... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/bapa-sh... https://www.instagram.com/shahrezza61/?hl=en https://www.hmetro.com.my/rap/2018/07/357393/cubaa... https://www.nst.com.my/news/2017/03/219381/passion... https://peraktoday.com.my/2013/02/shah-rezza-mahu-...