Nassier_Wahab

Dato' Mohd. Nasir bin Abd. Wahab (18 April 1962 – 5 Disember 2019), atau lebih dikenali sebagai Nassier Wahab, ialah seorang penyanyi dan pelakon Malaysia. Kejayaan beliau dalam bidang muzik hadir apabila beliau dicalonkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004. Penyanyi yang seangkatan dengan beliau ialah Shidee, Razis Ismail dan Jamal Abdillah.[1]Nassier berduet dengan penyanyi Ramlah Ram bagi album Sekali Aku Jatuh Cinta pada November 1988 dengan irama pop dan irama Nusantara. Album Suara Hati telah diterbitkan oleh Ramli M. S. pada tahun 1992. Album ke-13 beliau berjudul Ke Puncak Persada. Album Memori Cinta Luka ialah terbitan syarikat MCAT Sdn. Bhd (2004).[2]Beliau menyanyi di kelab malam di Kelab Diraja Selangor, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.[3] Beliau pernah berlakon dalam Si Jantung bersama A. R. Badul, Ibrahim Din dan Faridah Fasha. Dalam drama Episod Terakhir, beliau bergandingan dengan pelakon Eman Manan dan Sheila Rusly.[3]Dalam usaha untuk meningkatkan kerjayanya, beliau telah memiliki sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Kolej Joseph Chamberlain, Birmingham, United Kingdom.[3]