Shahida_Azad_Jamaludin
Shahida_Azad_Jamaludin

Shahida_Azad_Jamaludin

Shahida Azad binti Jamaluddin (lahir 1982) ialah seorang penyampai berita dan penolong penerbit di Malaysia. Beliau ialah salah seorang penyampai "latihan" untuk Buletin Utama dan rancangan berita lain di TV3 seperti Berita Terkini, Buletin Pagi dan Buletin 1.30. Beliau yang mesra dengan panggilan Shai menyertai TV3 pada tahun 2007 dan sebelum itu pernah menyampai program berita TwentyHundred di 8TV yang juga anak syarikat Kumpulan Media Prima Berhad. Beliau juga bekerja bersama kumpulan produksi untuk mengendalikan Anugerah Industri Muzik (AIM), Malaysian Idol, menjadi penolong penerbitan untuk Malaysia's Most Beautiful dan What Women Want. Selain penyampai berita, beliau juga bertugas sebagai Eksekutif Jenama Media Prim Berhad iaitu anak syarikat Kumpulan Media Prima Berhad yang merupakan jawatan terakhir beliau.Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengurus Kanan Penjenamaan Digital di Suria FM sejak 2017.[1].

Shahida_Azad_Jamaludin

Pekerjaan Penyampai berita, penerbit televisyen
Tahun aktif 2004–kini
Kelahiran 1982 (umur 37–38)
Kuala Lumpur, Malaysia