What_Women_Want

What Women Want ialah rancangan realiti Malaysia terbitan usahasama 8TV dan PhoSumpro yang pernah disiarkan di 8TV dari 14 Disember 2006 hingga 1 Mac 2007. Rancangan yang diacarakan oleh Hannah Tan ini menampilkan 13 orang lelaki muda yang bujang yang datang dari dalam dan luar negara untuk meraih gelaran "What Women Want" (apa yang dikehendaki oleh wanita) dan hadiah-hadiah lumayan yang setimpal dengan pemenang gelaran tersebut.Pada akhir tahun 2007, What Women Want dinamakan "Program Realiti Terbaik" pada Anugerah Skrin ke-9.