Kontroversi Shamsul_Annuar_Mohd_Baharom

Sepanjang kerjayanya, Sam pernah dikritik kerana kemampuannya menyanyi secara live. Lewat beberapa tahun ini, vokal beliau bertambah baik. Nama Sam sedikit terjejas ekoran isu bekas pengurus Bunkface yang disifatkan kekwat dan memilih media pada tahun 2008.

Selain itu, penyebaran gambar aksi nakal Sam yang cuba mencium pipi Juliana Evans pernah hangat seketika pada awal 2009. Melodi terbitan TV3 pernah memanaskan isu Sam yang hadir hanya dengan memakai singlet ketika sidang media Anugerah Juara Lagu 2009. Sam menjawab secara rasional, dan memohon maaf kepada peminat jika pakaiannya disifatkan sebagai menjolok mata. Ramai pemerhati seni menyifatkan Bunkface belum layak untuk diiktiraf menerusi Anugerah Kembara AIM 17. Kontroversi putus cinta dengan Juliana, dimana Jeanny Amir dikaitkan sebagai orang ketiga.

Pada Ogos 2010, beberapa akhbar memuatkan berita mengenai perselisihan faham di antara Sam dan anggota kumpulan Bunkface yang lain. Diberitakan Sam tidak berpuas hati kerana kejayaan Bunkface banyak dibantu oleh kesungguhan beliau sahaja. Sam dikatakan mahu meninggalkan kugiran itu dan membentuk kugiran baru.

Tidak lama selepas itu, Sam dan pengurusannya tampil menafikan dakwaan. Menurut mereka, Bunkface masih lagi utuh dan tidak akan berpecah (dalam waktu terdekat ini) sebaliknya akan terus merencana perjalanan seni mereka. Sam bagaimanapun mengakui akan menubuhkan sebuah kugiran indie terbaru iaitu The Azenders, yang lebih banyak menumpukan persembahan secara underground. Menurut Sam, penglibatannya dalam kugiran baru itu tidak bermakna dia mahu meninggalkan Bunkface sebaliknya sekadar mencuba perkara baru. Perkara sebegini banyak dilakukan oleh kugiran-kugiran lain seperti Dewa 19.

Rujukan

WikiPedia: Shamsul_Annuar_Mohd_Baharom http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&d... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&d... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2000/... http://www.utusan.com.my/hiburan/cinta-unik-sam-1.... https://www.allmusic.com/artist/sam-bunkface-mn000... https://www.facebook.com/SamBunkface https://www.instagram.com/SamBunkface/ https://www.rotikaya.com/bunkface-sahkan-sam-tidak... https://twitter.com/SamBunkface https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2019/...