Sheikh_Mujibur_Rahman

Sheikh Mujibur Rahman (bahasa Bengali: শেখ মুজিবর রহমান Shekh Mujibur Rôhman, lahir 17 Mei 1920 – meninggal 15 Ogos 1975 pada umur 55 tahun) adalah pemimpin politik di Pakistan Timur dan pendiri Bangladesh. Beliau adalah Presiden pertama Bangladesh dan kemudian juga merupakan Perdana Menteri Bangladesh. Beliau biasanya disebut Sheikh Mujib dengan gelaran kehormat Bangabandhu. Puteri sulungnya Sheikh Hasina Wazed mengikut jejaknya menjadi Perdana Menteri Bangladesh. Mujib dibunuh bersama keluarganya oleh sekelompok penjawat tentera.