Pendaratan Sheikh_Muszaphar_Shukor

Sheikh Muszaphar tiba di Kustanai, Kazakhstan dengan helikopter selepas dari tempat kapsul mendaratSheikh Muszaphar di dalam kapal angkasa Soyuz TMA-10

Misi selama 10 hari, 21 jam dan 14 minit [42] telah membenarkan Sheikh Muszaphar Shukor selamat tiba di bumi dengan kapsul kapal angkasa Soyuz TMA-10 atau lebih dikenali sebagai Space Drop Zone, mendarat berdekatan bandar Arkylk, Kazakhstan (yang terletak 500 kilometer dari bandar Baikonur), petang 21 Oktober 2007. Pendaratan berlaku tepat jam 2.37 petang waktu Kazakhstan atau 6.37 petang di Malaysia selepas meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada jam 11.15 pagi (3.15 petang, Malaysia) untuk perjalanan selama tiga jam 23 minit ke bumi.

Pendaratan kapsul tersasar kira-kira 420 kilometer dari lokasi sasaran awal. [43] Perjalanan kembali ke bumi telah mengambil masa 3 jam 23 minit.

Rujukan

WikiPedia: Sheikh_Muszaphar_Shukor http://www.theage.com.au/news/business/while-malay... http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapac... http://edition.cnn.com/2007/TECH/space/10/10/russi... http://afp.google.com/article/ALeqM5hOWGR1Z3Eg-DUU... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Reach... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Sheik... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Sheik...