Kontroversi Sheikh_Muszaphar_Shukor

Penamaan

Perlepasan ke angkasa sebagai tetamu kerajaan Rusia,[29] Sheikh Muszaphar dirujuk sebagai "peserta penerbangan angkasa lepas" (Inggeris: spaceflight participant) selepas laporan akhbar Agensi Angkasa Lepas Persekutuan Rusia (Russian Federal Space Agency) dan NASA[30][31][32] menjadi perdebatan.

Alexander Karchava, pegawai diplomatik Rusia ke Malaysia, telah menyatakan bahawa Sheikh Muszaphar ialah Angkasawan Matang.[33]

Robert Gibson, seorang angkasawan yang telah bersara, yang ditemu ramah oleh akhbar tempatan Malaysia, The Star, menyatakan bahawa Sheikh Muszaphar layak menjadi seorang angkasawan dan layak menerima panggilan dan pangkat tersebut.[34]

Kritikan

Seorang pengulas dari Australia, Michael Backman, telah menyuarakan komennya dengan mengatakan Malaysia telah membuang duit untuk seorang rakyat Malaysia ke angkasa lepas dengan membazirkan wang sebanyak RM 105 juta (bersamaan dengan AS$ 26 juta). Pembaziran ini dikatakan oleh Micheal Backman lagi, sebagai satu nafsu kehendak yang tidak berasas dan hanya untuk memenuhi nafsu tersebut.[35][36] Bagaimanapun, jumlah tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Malaysia tanpa meminta bantuan asing dan ramai pihak yang mencemburui fakta ini. Selain itu, ia merupakan pakej pembelian sebanyak 18 jet Sukhoi dari Rusia yang bernilai RM3.42 bilion dengan sebagai balasan Rusia akan membeli minyak sawit Malaysia, memindahkan teknologi angkasa dan melatih seorang rakyat Malaysia menjadi angkasawan pertama.[37] [38]

Saman oleh Norlina Nordin

Norlina Nordin telah memfailkan saman pada 25 Julai 2008 kerana mendakwa Sheikh Muszaphar telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.

Pada 14 Oktober 2009, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 27 Oktober 2009 untuk keputusannya berhubung permohonan angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar bagi membatalkan saman yang difailkan seorang ahli perniagaan oleh Norlina Nordin.[39][40]

Pihak mahkamah kemudiannya membatalkan permohonan kes tuntutan saman itu setelah pihak plaintif gagal memfailkan beberapa dokumen yang telah diarahkan sebelum ini pada 18 Mei 2010. Sheikh Muszaphar Shukor kemudiannya berjaya membuat tuntutan balas ganti rugi khas RM25,000.[41]

Rujukan

WikiPedia: Sheikh_Muszaphar_Shukor http://www.theage.com.au/news/business/while-malay... http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapac... http://edition.cnn.com/2007/TECH/space/10/10/russi... http://afp.google.com/article/ALeqM5hOWGR1Z3Eg-DUU... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Reach... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Sheik... http://ensiklopedia-malaysia.jbdirectory.com/Sheik...