Peribadi Sheqal

Beliau pernah menikahi aktres dan penyanyi popular Raja Ema pada 2 Mei 1993 namun bercerai pada tahun 1999 [3]. Sepanjang menjalin hubungan ketika sama-sama popular, Sheqal bertindak berahsia mengenai perkara peribadi hinggalah perkahwinan mereka mengejutkan industri. Mereka memperoleh dua orang anak iaitu Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah. Setelah itu dia mengahwini Normah Mohd. Yusof dan dikurniakan sepasang cahayamata iaitu Mohammad Fathullah, dan Ummu Hani.